Apa khabar?
Selamat Pagi
*Maaf.. post kali ni dlm BM, harap anda tak kisah..
Dah terlalu lama rasanya tak post new entry dlm blog ni.
Bukannya tak nak post dlm blog ni cuma dah ada penambahan ahli baru dalam keluarga ni.,,
maksudnya...
saya dah ada blog baru tapi itu untuk official bisnes je.
Hari ni nak tulis soal hati.
Hati kita ni susah nak di jaga ,
betul tak?
Bukan itu saje
, degil pulak tu.
Kadang-Kadang memang tak makan nasihat.
Hati kita ni jugak, boleh dengan senang di curi.
Dah lah kena curi, pastu dipatah-patahkan pulak hati kita ni.
Kesudahannya hati kita sengsara.. dah koyak rabak ... dah buruk , tak cantik lagi.
Salah siapa?? Salah hati lah!.. Ikut hati mati..bukan?
Orang kata jgn, hati kita degil, buat jgk!
Orang kata dia x sesuai untuk awak, hati degil, ikut jugak!
Orang kata dia tu jahat jadi jangan percaya setiap kata-katanya...semua tu dusta..
hati degil, percaya jugak!
Orang kata jgn jatuh cinta, hati degil, bercinta jgk!
Orang kata dari mata turun ke hati, hati degil, pandang..kan dah tertarik .
Orang kata mereka semua sama, hati degil, "dia lain"... betul ke??!
Orang kata kau mesti boleh hidup tanpa dia, hati degil, hati kata TIDAK...
Orang kata setiap yg berlaku ada hikmahnya, hati degil, salahkan takdir!
Terkadang, kita terperangkap dengan mainan hati. Mungkin dalam kebanyakan masa kita dapat mengekang diri dari terlalu mengikut hati tapi kita juga tak terlepas daripada bisikannya satu saat nanti. Jadi apa yang perlu kita buat sebagai persediaan...??!!
bersihkan hati~
kerana... dengan hati yg bersih maka langkah yg diambil dari hati juga sukar untuk salah..
bagaimana?
hilangkan dengki, takabur, iri hati, cemburu, riak
&
Suburkan IMAN... bajai TAQWA setiap hari..
Insya-Allah Hati selamat dari godaan Nafsu yang menyempitkan akal dan membutakan anggota.
Wallahualam...
No comments:
Post a Comment